Condoleezza Rice
Condoleezza Rice

Condoleezza Rice

Condoleezza Rice (lahir pada 14 November 1954) adalah Setiausaha Negara Amerika Syarikat ke-66 dilantik oleh Presiden George W. Bush. Beliau adalah wanita keturunan Afrika Amerika dan keturunan Afrika Amerika ke-2 selepasa Colin Powell, yang dilantik pada 2001 menggantikan Madeleine Albright .Condoleezza Rice asalnya penasihat keselamatan negara kepada Presiden Bush dari 2001 - 2005. Sebelum itu beliau adalah profesor sains politik di Universiti Stanford dari 1993-1999.Semasa pentadbiran George H. W. Bush, Rice berkhidmat sebagai penasihat hal ehwal Rusia dan Eropah Timur, melihat sendiri perjalanan pembubaran Kesatuan Soviet dan penyatuan semula Jerman Barat dan Jerman Timur.Apabila bertugas sebagai Setiausaha Negara AS, beliau mempelopori Tranformasi Diplomasi terutama pendemokrasian negara-negara Timur Tengah.Pada 2004 dan 2005, beliau diiktiraf sebagai wanita paling berkuasa di dunia oleh majalah Forbes dan nombor dua pada 2006 selepas Canselor Jerman Angela Merkel. Majalah Time pula mengiktiraf beliau paling berkuasa pada 2004, 2005, 2006 dan 2007.